Tuesday, 18 March 2014

Atasi jerawat





Jerawat bukan sahaja menjadi masalah kepada anak muda atau remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.



Punca jerawat.

Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur 
adalah punca utama masalah jerawat. 
Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak 
memberi masalah jerawat di kulit.

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. 
Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Dapatkan VITAMIN SEMULAJADI anda hari ini bagi membantu anda mengatasi masalah jerawat dari dalam!

Vitamin yang anda perlukan ialah:


GLA Complex – memulihkan kulit yg rosak

Vita E 400IU – menghilangkan parut

B Complex – jerawat disebabkan oleh kekurangan vitamin B6

Vita-C – memulihkan sel dan membina kolagen

Vitalea – menstabilkan metabolisma gula mengelakkan jerawat

No comments:

Post a Comment